- Beli lah Cloth Diapers yang berkualiti tinggi (Gred A) atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama.
- Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
- Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
- Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan mungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
- Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak
- Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
- Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
- Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
- Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
- Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
- Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
Saturday, December 4, 2010
Cara menjaga Cloth Diaper
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment