Berapa helai Cloth Diaper diperlukan jika untuk exklusif penggunaan cloth diaper?
- Jika dibasuh setiap hari hanya perlukan 9helai CD. Walaubagaimana pun lebih baik jika sediakan 10-12helai.
Perlukah saya beli item lain jika saya beli Cloth Diaper?
- 1 Cloth Diaper datang dengan 2helai 'insert'. Sebenarnya tidak perlu beli extra item melainkan anda risau jika insert anda lambat kering kerana pocket CD lebih cepat kering berbanding insert.
Bagaimana jika saya dapati Cloth Diaper sudah tidak menyerap air kencing?
- Setelah beberapa kali diguna dan dibasuh, CD juga kurang daya serapan..Jangan risau kerana masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Hanya perlu rendam Insert tersebut dalam cairan air cuka (setengah baldi air + 1sudu besar cuka) atau Soda bikarbonat. Rendam selama 10minit. JANGAN RENDAM CD DAN INSERT SEMALAMAN kerana ia bole merosakkan cd anda.
Boleh kekal kering ke kulit baby setelah sekali kencing dalam Cloth Diaper?
- Ya. CD lining diperbuat daripada microfleece yang ada daya serapan sempurna yang menyerap masuk kedalam 'insert' dan fleece akan kekal kering. Najis bayi juga senang dibasuh diatas kain fleece dengan hanya semburan air paip dan senang di basuh.
Boleh saya masukkan lebih insert kedalam pocket cd untuk lebih daya serapan?
- Ya boleh. Kami cadangkan masukkan 2insert jika bayi anda ialah 'heavy water'.
Berapa lama Cloth Diaper boleh tahan?
- Ia boleh tahan untuk lebih daripada 1 anak. Jika cara jagaan dan basuhan adalah betul, Cloth diaper boleh digunakan untuk anak kedua dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment